Anak Saidina Uthman bin Affan yang bongsu ialah Aban bin Uthman ialah seorang ulama tabiin yang terkenal yang merupakan salah seorang ahli sirah nabawiyyah yang terunggul di zamannya.
Beliau juga adalah seorang penyokong kuat empayar Bani Umaiyyah dan semasa peperangan Siffin, beliau berpihak kepada kempen Muawiyah r.a menentang Saidina Ali r.a
Kemudian jawatan khalifah telah berpindah kepada keluarga Ummaiyah dan Aban pernah dilantik sebagai Gabenor Madinah.
Namun permusuhan antara keluarga Bani Umaiyyah dan keluarga Bani Hasyim yang merupakan ahlul bait telah be rterusan. Kita sedia maklum akan pembunuhan keluarga Saidina Hussain r.a yang akhirnya hanya meninggalkan satu waris lelaki sahaja iaitu Imam Ali Zainal Abidin. Kita juga maklum serangan, pembunuhan dan perogolan yang berlaku di Madinah yang didiami oleh waris-waris sahabat Rasulullah s.a.w kerana mereka ini menyokong Ahlul Bait dan keluarga Bani Hashim.
Permusuhan politik ini berterusan dari generasi ke generasi. Akhirnya Abdul Malik bin Marwan dilantik menjadi khalifah. Putera mahkotanya ialah Sulaiman bin Abdul Malik yang kemudiannya menjadi Khalifah selepas Abdul Malik.
Sulaiman bin Malik semasa menjadi putera mahkota ini kemudiannya telah melakukan ziarah ke Madinah dan telah ditunjukkan dengan tempat-tempat bersejarah dalam Sirah Nabawiyyah oleh Aban bin Uthman. Sirah Nabawiyyah ini menarik perhatian Sulaiman bin Abdul Malik ini dan kemudiannya telah mengarahkan agar Sirah Nabawiyyah ini ditulis dan telah mengerahkan sepuluh penulis kepada Aban bin Uthman untuk projek ini disiapkan.
Selesai penulisan ini, tulisan ini pun dihantar kepada Sulaiman bin Abdul Malik. Selepas beliau membacanya tulisan Aban ini, Sulaiman menjadi tidak puas hati kerana Aban banyak menceritakan kebaikan dan fadhilat orang-orang Ansar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Bagi Sulaiman, tulisan ini adalah “ politically incorrect” kerana ianya memuji kebaikan orang orang yang menentang kerajaan Bani Ummaiyah dan meminta Aban membetulkan penulisannya itu.
Aban tidak bersetuju dan menegaskan bahawa walaupun mereka berselisihan dan bermusuhan secara politik dengan kaum Ansar, namun dia mesti berlaku adil dengan ilmu dan menceritakan kebenaran walaupun ianya tidak digemari oleh pemerintah dan bertentangan dengan kepentingan politik sendiri.
Oleh kerana Aban enggan mengalah dalam melacurkan keadilan dan intergritinya, Sulaiman telah mengarahkan penulisan Sirah Nabawiyyah ini dibakar. Sulaiman kemudian merujuk perkara ini kepada Khalifah Abdul Malik dan Abdul Malik juga bersetuju dengan keputusan Sulaiman ini.
Tulisan Sirah Nabawiyyah oleh Aban ini adalah tulisan pertama dalam sejarah mengenai Sirah Nabawiyyah dan umat hari ini dinafikan penulisan hari ini kerana kebodohan dan ketamakkan ahli ahli politik pada zaman itu….
Salam Maulidir Rasul
