Para sahabat Rasulullah s.a.w sentiasa bimbang jika dalam diri mereka ada sifat munafiq.
Malah Umar r.a pernah bertanya kepada Huzaifah Al Yamani r.a yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyimpan senarai rahsia nama para munafiqin di Madinah, samada nama baginda r.a ada dalam senarai tersebut.
Jadi bagaimana mungkin kita yang sangat sangat hina dibanding dengan Umar r.a berasa aman dan selamat dari tersenarai sebagai orang munafiq sedangkan munafiq ini adalah sejahat jahat makhluk yang mendapat hukuman yang paling hina di akhirat kelak..
Hanya kepada Allah sahaja kita berserah dan berlindung…
Holy Quran 4:145
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
