MENGEJEK YANG BERCAKAP BENAR

Kita tidak suka orang itu. Orang itu bercakap sesuatu yang benar. Kita tidak dapat terima kerana kita tidak suka orang itu. Kita pandang rendah orang itu. Maka kita ejek orang itu. Kita ketawakan orang itu. Kita lecehkan kebenaran yang dia sampaikan.

Perangai kita itu adalah perangai setiap ummat yang menentang Nabi Nabi mereka.

Kadang kadang Nabi itu orang miskin. Kadang kadang Nabi itu anak yatim. Kadang kadang Nabi itu pengembala kambing. Kadang kadang Nabi dari kaum yang dihina. Kadang kadang Nabi itu tidak berbapa. Kadang kadang Nabi itu gagap. Kadang kadang Nabi itu ada sejarah silam.

Maka kaum Nabi itu mengejek Nabi itu. Nabi itu dipersoalkan. Nabi ditanya “kenapa kau ?”. Nabi diperlecehkan. Nabi diejek. Nabi diketawakan. Mesej Nabi diabaikan.

Akhlak orang Islam, dia melihat mesej yang disampaikan. Bukan siapa yang menyampaikan.

Seorang pengemis boleh menegur raja. Seorang penzina boleh menegur seorang abid. Seorang muda boleh menegur yang tua. Seorang yang hina boleh menegur yang mulia. Seorang yang jahil boleh menegur yang alim.

Itulah manusia yang tidak menutup hatinya dari kebenaran, tidak menutup matanya dari bukti dan tidak menutup telinganya dari hujjah.

Jangan ikut akhlak netizen. Ikut akhlak Islam.

Holy Quran 15:11

وَمَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ

Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.

Tinggalkan komen